Posts Tagged ‘Sindiket penipuan’


Hari ni dalam sejarah hidup aku. Terkena panggilan sindiket penipuan bank. OK nak story mory sikit. Petang tadi aku sempat ke Times Square untuk urusan tertentu. Dalam masa aku santai sambil tunggu urusan selesai tiba-tiba tut tut..tut tut..

I am calling from AMBank want to inform that you have an outstanding payment from using credit card worth RM3800

Aku pon..hah??!! Celah mana pulak aku guna kad kredit nih. Dah la tak penah pakai, akaun AMBank pon tak tergerak hati lagi nak buka. Ye la. Sape tak pelikkan. Aku pon call balik ade orang angkat dan dia bagitau dia adalah customer service dari AMBank HQ(headquarters). Ni antara dialog aku dengan scammer tu;

Aku: Macam mane boleh ade outstanding payment sedangkan saya tak pernah apply credit card?
Scammer: Oh tade apply ya En. Saya rasa ada kes penipuan berlaku. OK macam ni, En kena buat laporan kat Bank Negara dan jelaskan kat pegawai bank tu. Dalam masa 3 hari kena buat laporan kalau tak En. kena jelaskan bayaran tertunggak ni.
Aku: Aik? Kenapa saya? Saya yang kena tipu saya pulak yang kena bayar?
Scammer: En sabar en. Rileks dulu. En kena buat laporan kat Bank Negara dan jelaskan kat pegawai bank ape maklumat yang En. ada. Nanti da buat laporan En boleh inform saya dan saya akan buat pengesahan daripada Bank Negara. Lepas tu saya akan block akaun kredit kad En. Ok ape nama En?
Aku: (aku bagi je nama aku)
Scammer: Ok i/c En?
Aku: (pon bagi gak)
Scammer: OK nanti saya check untuk confirmation.
Aku: Err..nak tanya ape contact information yang ada pasal saya?
Scammer: Name, I/c, address.
Aku: Cuba you bagitau detail-detail tu.
Scammer: Name(betul), I/c(betul), address(salah, kat puchong)
Aku: Eh…ape plak alamat kat puchong, saya orang kepong ma.
Scammer: Oh ya salah ya. Nanti saya check. Nanti you inform Bank Negara pasal kes ni. Dalam 3 hari nanti saya inform untuk block akaun you ok.
Aku: Ya ok thanks.

Contoh nombor telefon scammer

Contoh nombor telefon scammer

Kat situ da pelik da. Ape info yang aku bagitau memang betul tapi bab alamat terus salah. So keyakinan aku yang mengatakan ini adalah sindiket penipuan adalah tinggi. Dia kate kad kredit tu guna kat kedai emas Poh Kong di KLIA. Bila aku call AMBank customer service yang ‘original’, dia kata memang kes penipuan tu. Tidak wujud kedai emas Poh Kong di KLIA apatah lagi akaun yang diberikan. Cuma kes ni masih tak melibatkan pemindahan wang atau pendedahan akaun simpanan jadi dikira selamat.

Info yang scammer bagi

Info yang scammer bagi

Fuuh. Lega aku. Tu la. Nasib baik bagi nama dan I/C je. Kalo tak naye aku.

P/s: Jangan dedahkan maklumat diri anda sewenang-wenangnya. Berwaspada dengan sindiket penipuan!