Posts Tagged ‘Objektif pelaburan’


Terdetik hati aku nak tulis ape objektif pelaburan aku memandangkan ramai pelabur yang ‘reveal’ objektif masing-masing termasuklah otai-otai yang aku hormati. Matlamat kena jelas dan yang paling penting bukan ke arah yang negatif macam kalau ko niat nak tindas orang lain memang kemungkinan besar matlamat ko takkan tercapai.

So, objektif pelaburan aku yang telah tercatat diminda antaranya:

1) Ingin bersara awal daripada kerja makan gaji (selewat-lewatnya umur 35 tahun) dengan pendapatan tidak kurang daripada RM4000.

2) Memiliki rumah sebagai aset sekurang-kurangnya 1 buah 1 tahun dari tahun permainan pelaburan bermula dengan lebihan aliran wang tunai daripada sewaan tidak kurang dari RM200.

3) Mempunyai pendapatan tepi sebanyak RM4500 hasil daripada perniagaan ‘part time’ yang akhirnya menjadi ‘full time’ dalam masa 5 tahun dari sekarang.

4) Mempunyai sehingga 50 buah rumah ketika berumur 40 tahun dan melangsaikan hutang sekurang-kurangnya 10 buah rumah ketika umur 40 tahun.

Bunyi macam syok tapi bukan mudah nak ikut. Tapi usaha tetap kena ada sebagai ikhtiar dan insyaAllah jadi kenyataan.Aminn. Pada sape-sape yang nak mulakan pelaburan seeloknya ade matlamat sendiri dan yang paling penting, NIAT kena betul keh. Banyak dah aku belajar daripada sifu-sifu hartanah ni. Semuanya ajar betulkan niat dulu sebelum melabur. OK?


Advertisements