Posts Tagged ‘Info hartanah’


Korang yang masih blur dan tak tahu apa-apa pasal hartanah tapi berminat nak belajar sangat-sangat digalakkan untuk menghadiri seminar sarjana hartanah ni. Sebab ape? sebab memang terbukti dengan ilmu dan pengalaman daripada speaker-speaker hartanah yang hebat yang telah berkongsi kepakaran dorang semasa aku menghadiri seminar sarjana hartanah yang pertama.

Antara speaker yang hebat ialah Tuan Saufi Karim dan Tuan Faizul Ridhuan yang telah membuktikan bahawa pekerja 9 pagi – 5 petang yang makan gaji hanya mempunyai simpanan tetap RM2000 boleh melabur dalam hartanah dan sekaligus menjadi sumber pendapatan melebihi gajinya. Mula-mula aku sendiri meragui logik ke nak beli hartanah dengan wang sebanyak tu je? Dah la gaji bulanan takat cukup makan hari-hari je.

Aku memang pikir ade dekat 10 kali gak la sebelum daftar seminar tu. Maklum lah, kalau tengok harga memang korang rasa mahal kan? Tapi bila pikir secara ‘contradict’ (chewah..haha), nilai hartanah adalah berganda jumlahnya berbanding harga seminar yang ditawarkan. Teringat pesan otai-otai hartanah

Pelaburan yang paling bernilai adalah pelaburan ilmu.

Kat situ aku beranikan diri daftar dan hadir seminar sarjana hartanah WTF 7 Hari bersama Faizul Ridzuan. Dari sini aku kenali dengan lebih dekat dan yang paling aku terpikat adalah suasana dan pemikiran orang yang cenderung kepada ilmu hartanah ni memang hebat-hebat belaka. Memang dorong aku untuk mula belajar dan dapatkan matlamat yang aku nak capai.

Alhamdulillah. Sekarang memang da berani nak beli rumah. Bukan berani macam kaki langgar tu. Berani sebab ade sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari yang boleh dipraktikkan. Sape-sape pon boleh belajar bidang ni. Korang nanti mesti nak beli rumah kan. Jangan sampai terpinga-pinga nak beli rumah lak. Aku da bagi can seminar yang dah terbukti berkesan ni.

Lagi 1, seminar sarjana hartanah ni tengah offer biasiswa kepada student yang tak mampu nak bayar dan student yang cemerlang untuk program kali ni. Tawarannya berupa fi (yuran) untuk seminar adalah FREE. Nak aku ulang ke..FREE beb. Tunggu korang je yang nak ke tak. Peluang dah ada. Boleh klik kat banner di bawah untuk tahu lebih lanjut. Let’s give it a try ok!

P/s: Aku dengar-dengar ade lagi otai hartanah yang dijemput secara eksklusif hadir untuk memeriahkan majlis. Macam-macam strategi yang digunakan dan medium pelaburan pula berbeza dari yang lain. Cekidaut!

Aku pantang betol bila tengok hiasan dalaman rumah yang lawa nih. Ditambah pula dengan design perabot yang bersesuaian serta tone warna yang digunakan sangat ‘match’ dengan satu sama lain. Modern design dan kelihatan unik. Sesuai untuk hiasan rumah baru korang. Ah aku sembang panjang tak guna jugak. Korang tengok gambar-gambar ni baru percayakan. Cer tengok..cer tengok..


interior design2
interior design3

Itu interior design untuk ruang dalam rumah. Ade juga yang direka untuk ruang ofis. Agak menarik dan tertarik ko memang da bom!

interior design4interior design5
interior design6

Teruja tak? Aku teruja sebab aku tak cukup mampu lagi untuk keluarkan idea kreatif macam tu. Kalau asah ada can nak jadi interior designer nih. Hehe. Saje berlegar-legar dalam alam maya cari pasal hiasan dalaman rumah. Seronok plus bila tengok Alhamdulillah idea nak decorate mencurah-curah 🙂

http://www.zanishgroup.net/


Terkejut aku bila statement yang dikeluarkan oleh seorang otai hartanah yang tidak asing lagi dari kalangan pelabur-pelabur bumiputera. Mane tak nya, semalam beliau keluarkan post di fesbuk nya macam ni.
statement 1

Ataupun disebabkan akhir-akhir ni keluar statement macam gini amat pedas dilemparkan kepada beliau?Yang hantar statement macam tu sepatutnya pikir 2 3 4 5 6 kali sebelum keluarkan ayat-ayat yang tidak manis dibaca tu. Ini tidak, main sembur je. Ish ish ish..tak patut betol.

statement bikin panas

Aku pon tak pasti kenapa tiba-tiba beliau keluarkan statement sebegitu kerana bagi aku kehadiran beliau dalam arena hartanah adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan bagi anak bumiputera. Ilmu yang terkumpul boleh dikongsi bersama meskipun hanya melalui dunia maya. Tapi mungkin beliau ada ‘plan’ yang lebih besar untuk hidup beliau sendiri. Aku dan sape-sape pon tak boleh paksa. Pujuk boleh. Haha. Apepun keputusan beliau aku terima dengan hati terbuka. Moga-moga beliau buat keputusan yang betul. Dari mula-mula join seminar beliau sampai sekarang aku tak berkesempatan ngeteh dengan beliau. InsyaAllah dalam masa terdekat ni boleh chichat dengan beliau secara dekat. Nak tau cerita sebenar daripada tuan empunya badan. Aminn.


Terdetik hati aku nak tulis ape objektif pelaburan aku memandangkan ramai pelabur yang ‘reveal’ objektif masing-masing termasuklah otai-otai yang aku hormati. Matlamat kena jelas dan yang paling penting bukan ke arah yang negatif macam kalau ko niat nak tindas orang lain memang kemungkinan besar matlamat ko takkan tercapai.

So, objektif pelaburan aku yang telah tercatat diminda antaranya:

1) Ingin bersara awal daripada kerja makan gaji (selewat-lewatnya umur 35 tahun) dengan pendapatan tidak kurang daripada RM4000.

2) Memiliki rumah sebagai aset sekurang-kurangnya 1 buah 1 tahun dari tahun permainan pelaburan bermula dengan lebihan aliran wang tunai daripada sewaan tidak kurang dari RM200.

3) Mempunyai pendapatan tepi sebanyak RM4500 hasil daripada perniagaan ‘part time’ yang akhirnya menjadi ‘full time’ dalam masa 5 tahun dari sekarang.

4) Mempunyai sehingga 50 buah rumah ketika berumur 40 tahun dan melangsaikan hutang sekurang-kurangnya 10 buah rumah ketika umur 40 tahun.

Bunyi macam syok tapi bukan mudah nak ikut. Tapi usaha tetap kena ada sebagai ikhtiar dan insyaAllah jadi kenyataan.Aminn. Pada sape-sape yang nak mulakan pelaburan seeloknya ade matlamat sendiri dan yang paling penting, NIAT kena betul keh. Banyak dah aku belajar daripada sifu-sifu hartanah ni. Semuanya ajar betulkan niat dulu sebelum melabur. OK?


2 3 hari lepas sempat aku meluangkan masa untuk tengok perabot yang aku rasa sesuai untuk bakal rumah yang bakal aku miliki (In sha Allah). Biase lah, pape hal yang di depan kena fikir hari ni kan. Tujuan aku usha awal-awal adalah untuk kira bajet berapa yang aku perlukan untuk buat rumah fully furnished.

Kali ni aku fokus pasal perabot je dulu. Mungkin lain masa aku akan cari perkakasan elektrik pulak. Kasi bakal penyewa senyum lebar tengok ruang dalam rumah. Tapi ni cuma andaian dan perkiraan aku je. Harap berbaloi lah kan.

Antara perabot yang aku aim ialah set sofa beserta meja, kabinet TV, kabinet dapur, katil single siap dengan tilam dan almari baju.

kitchen cabinet

sofa2

sofa1

Double decker bed

Bajet semua yang aku nak tu dalam RM1000. Berbaloi tak? Bagi aku berbaloi la, tak tau la korang kan. In sha Allah kalau berjalan lancar lewat bulan depan atau awal tahun depan aku order.(Hahaha awal siot standby furniture!)


Post kali ni memang aku nak promote kaw-kaw punya seminar hartanah yang disediakan oleh otai-otai hartanah di Malaysia yang femes gitu. Aku cakap terus-terang la, bende yang aku tak yakin keberkesanannya aku tak akan kongsi dengan korang semua. SERIUS. So yang aku review kat korang ni memang SUDAH TERBUKTI keberkesanannya.OK?

Abang Ensem.
Seminar pertama yang aku hadir. Aku pon mula-mula tak yakin tapi disebabkan oleh semangat nak berubah daripada hidup makan gaji sahaja kepada makan gaji plus side income. So daripada sini aku memang dapat information yang sepatutnya dan tepat lagi jitu daripada otai hartanah ni. Banyak pelaburan hartanah jenis undercon, subsale dan lelong yang beliau ceburi daripada waktu ekonomi tengah gawat (sekitar tahun 97-98 kalau tak silap) sampailah sekarang.

Tuan Faizul Ridzuan dan Tuan Saufi Karim
Ini lejen berdarah muda yang aku kenal yang berjaya ceburi bidang hartanah.Ade je pelabur muda lain tapi aku tak berkesempatan nak join seminar sebab terlalu banyak. So bila dah jumpa dan belajar daripada 2 pelabur bergaya dan santai ni dalam Sarjana Hartanah keyakinan aku terhadap pelaburan hartanah bertambah. Sebab ape? Instrument yang ditunjukkan dan cara-cara yang tertentu adalah sangat realistik dan boleh di’apply’kan oleh sape-sape je. Tak kira ko keje ape, memang boleh melabur dengan syarat ade kesungguhan dan kesabaran yang tinggi. Sounds impossible? Hehe…

So bagi sape-sape yang baru dan ingin ceburi bidang pelaburan hartanah boleh join Sarjana Hartanah 2.0 dan aku yang tak femes langsung ni pon korang boleh jumpa 🙂 haha.

Sarjana Hartanah 2.0

Ade lagi otai-otai hartanah yang aku akan join seminar dorang (in sha Allah). Berguru dengan ramai otai lagi banyak ilmu dapatkan. Semoga aku dapat capai objektif pelaburan aku nanti aminn.(Tadi baru je join seminar sublet, insyaAllah dapat adapt dengan cepat dan mulakan!)

Banyak isu aku dengar pasal RPGT nih..ramai tak puas hati(termasuk aku jugak). Mungkin niat murni kerajaan nak naikkan tax jual rumah untuk mengurangkan pelabur-pelabur jangka pendek atau ‘flippers’ daripada terus membeli rumah. Langkah yang diambil dengan menaikkan harga minimum untuk pembeli atau pelabur luar negara dari RM500,000 ke RM1,000,000 adalah tindakan yang aku kira boleh dipuji la. Aku duk baca berita pasal RPGT jadi tergerak hati nak kupas topik hangat ni.

Tapi pada sudut fikiran aku, kalau korang tanya adakah langkah-langkah yang telah diambil boleh kurangkan harga rumah? Aku jawab TAK BOLEH. Kenapa? Dengan kenaikan RPGT sudah tentu pemilik rumah nak jual rumah akan gandakan harga rumah dorang untuk lepas bayar tax. Kecuali, kalau dah terdesak dan tak dapat tampung komitmen bulanan MUNGKIN pemilik rumah akan jual harga ‘desperate’.

Kalau rumah yang dalam pembinaan atau yang baru je siap, harga memang akan naik. Serius naik. Kenapa? Pendapat aku la, disebabkan GST. Bila tiap-tiap suatu barang atau perkhidmatan dikenakan cukai, harga akan naik secara mendadak. Siapa jadi mangsa bayar cukai? Pembeli rumah lah 🙂

rumahteres

In sha Allah, ape yang aku kongsi dalam blog ni akan membantu menyedarkan pembaca-pembaca sekalian betapa pentingnya memiliki aset. Jangan nak harap makan gaji je. Selagi kita ade tenaga dan akal yang waras usaha dan doa untuk miliki aset. Rata-rata yang aku dengar kalau aku sembang hartanah (maaf yang terasa), “cukupla apa yang ada” dan “nak buat ape harta banyak-banyak?”. Bukan yang burukkan sesiapa tapi dalam Islam tak salah berharta. Cari harta untuk kesenangan hidup kat dunia sementara ni. Kalau harta banyak takut salah guna ke ape ke wasiatkan je pada anak-anak yatim. Susah ke? Tak kan. Saya cuma nak orang Islam khususnya sedar berharta tidak menjadi satu kesalahan. OK lah cukup untuk mukaddimah.

Nak sambung pasal cerita pasal hartanah, hari aku balik dari kampung tu (Selasa, 5 November 2013) aku saje mesej agen tu tanya dia free tak sebab nak tunggu rabu macam lambat la pulak. (gelisah betol tak sabar nak tengok unit). ALhamdulillah agen cakap dia free so set appointment nak jumpe pukul 1 petang la. Aku sampai Kuala Lumpur dalam pukul 12 tengah hari dan cepat-cepat pegi ke kawasan aparment tu.

Bila tengok unit memang agak elok lagi cuma agak kotor sebab penyewa dah lame takde(Unit tu kosong dah 6 bulan kalau tak silap). Api(elektrik) dan air pulak da lame potong so tak boleh nak cuba suis kipas elok ke tak. Risau jugak nanti banyak nak kena repair. So bila tengok sekeliling aku dah yakin habis baru deal dengan agen pasal bayar booking. So keesokkan pagi aku terus setelkan cek pasal agen nak jumpa malam tu nak collect.

 

20131107-124720.jpg
P/s: Saje je cover jumlah kat cek tu bajet banyak hakhakhak.

Jumaat lepas bersamaan 1 November 2013 aku dengan family balik kampung kat Batu Pahat sebab nak hadiri masjlis kahwin sepupu. Hari tu aku still kerja jadi family kena tunggu sampai petang baru boleh bertolak sama-sama. So lepas siap mandi makan sume baru bertolak dalam pukul 8 malam dan aku agak tengah malam baru sampai.

So sebenarnya kat sini aku bukan nak fokus cerita pasal balik kampung. Masa on our way back tu tiba-tiba agen hartanah yang aku dah deal selama 2 bulan tu mesej tanya aku ade on ke tak hari Ahad. Terkejut jugak la aku sebabnya aku hampir putus asa da nak follow-up agen tu. Bukan apa, unit apartment yang aku nak beli melalui agen tu sebenarnya sudah ade buyer lain yang dalam proses membeli. Cuma ade masalah-masalah kelewatan daripada buyer tu yang buat owner bising kat agen. Aku memang teringin nak unit tu tapi apakan daya cuma boleh follow up je agen pasal buyer tu.

Sekarang memang dah pasti buyer tu lepas unit tu. Aku rasa tak lepas loan da tu tapi itu andaian je. Agen tak nak story-mory lak pasal tu. So berbalik pada masa agen tu mesej. Aku cakap la kena balik kampung kan. Agen tu lak nak cepat setel mana boleh beb. So aku tulis mesej desperate je kasi agen tu lega dan aku pon senang nak pegi majlis kahwin.

20131107-115207.jpg

Nak tau nape aku aim unit tu dan bukannya unit-unit yang lain? Haha..wait and see lah you olls ok!

Pagi ni nak melebarkan sayap ke bidang hias-hias gitu. Bukan hiasan pelamin ke ape ke..Ni hias rumah la. Mungkin ramai nak tahu mungkin tak ramai. Itu terpulang sebab aku memang suka berkongsi ape yang ade di minda.

Ok, kali ni nak sentuh pasal sinki. S.I.N.K.I je. Yang lain biar dulu. Macam-macam jenis lah sinki nih. Banyak design sinki yang boleh dijadikan contoh sebagai rujukan sebelum kita membelinya.
Ape yang penting dalam pemilihan sinki ialah:-

1) Bersesuaian dengan kawasan – kalau sinki untuk area dapur mungkin korang perlukan sinki yang agak besar sedikit. Tapi berlainan dengan sinki untuk cuci tangan sahaja, yang mana mungkin agak kecil dan berada di suatu sudut dalam satu ruangan.

Sinki jenis 1 paip 2 basin

Sinki jenis 1 paip 2 basin

2)Design yang menarik – Kadang-kala design sinki juga boleh mempengaruhi suasana ruang dapur untuk kelihatan lebih menarik. Sekarang memang sangat banyak design sinki yang menarik korang boleh dapatkan dekat mana-mana kedai hiasan rumah. Kalau pandai cari boleh dapat design unik pada harga yang murah!

Sinki bentuk ape ntah.

Sinki bentuk ape ntah.

Sink bentuk love pon ade!

Sink bentuk love pon ade!

Ade sesetengah individu yang meminati perkakasan yang boleh dikatakan ‘outdated’ atau lama. Dorang kumpul barang-barang antik untuk dijadikan perhiasan rumah. Gambar kat bawah contoh sinki antik yang aku belom pernah tengok secara ‘live’.

Sinki landasan keretapi yang boleh dilipat

Sinki landasan keretapi yang boleh dilipat

Ade jenis sinki yang digunakan dekat hotel-hotel boleh juga digunakan dirumah. Design simple tapi nampak eksklusif. Biasanya digunakan dalam bilik mandi la.

Jenis sinki yang digunakan di hotel-hotel

Jenis sinki yang digunakan di hotel-hotel

Ape-ape pon korang kena berfikiran kreatif dalam pemilihan sinki kalau nak guna design unik. Kang tak pasal-pasal memburukkan lagi mata memandang kalau salah pilih! Nak pilih sinki pon kena brainstorm.
OK?

Sumber 1
Sumber 2
Sumber 3
Sumber 4
Sumber 5