Posts Tagged ‘Dulux paint’

Tone warna boleh kata mainkan peranan yang major dalam meningkatkan kecantikan sesuatu kawasan atau ruang. Tak kira la di mana saje korang berada, ape yang korang nampak cantik atau tidak mesti ade berkait rapat dengan warna. Betul tak? Sebab? Dah memang dari mula diciptakan dunia ni dengan pelbagai warna untuk manusia berfikir.

Berbalik kepada isu yang aku nak ketengahkan. Sebenarnya aku tercari-cari warna untuk aku kategorikan dalam list aku iaitu ‘Kumpulan warna lembut’. Pemilihan sebegitu bukan bermakna aku dari kalangan ‘lembut’ ok, korang jangan pikir ke laut pulak. Warna yang aku maksudkan lembut adalah tidak ‘striking’ yang mana sangat sesuai digunakan untuk warna dinding rumah. So tergerak hati aku nak usha website dulux iaitu antara pengeluar dan pembekal cat terbesar di Malaysia.

I like red!

Tapi, tak semestinya warna lembut saje yang boleh digunakan. Ade juga apabila pemilihan warna dilakukan dengan betul akan terhasil kombinasi warna yang menarik dan sesuai dengan keadaan atau ruang. So dari sini idea aku sedikit terbuka dan tidak ‘restricted’ kepada warna-warna yang lembut saje.

Inspired violet room set

Dari segi kegunaan luar dan dalam tu korang boleh usha sendiri kat website dia kat SINI. Ape jenis, bila dan kenapa guna jenis tu ada diterangkan dan korang boleh dapatkan cat-cat tu daripada pengedar-pengedar yang sah. Cuma klik pada peta Malaysia untuk dapatkan contact info pengedar cat.
store locator

http://www.dulux.com.my/

P/s: I punya post ada ok ka? Kalau ok boleh share ya. Tarak charge ape-ape fee pon.


Advertisements