Posts Tagged ‘Design’

Tone warna boleh kata mainkan peranan yang major dalam meningkatkan kecantikan sesuatu kawasan atau ruang. Tak kira la di mana saje korang berada, ape yang korang nampak cantik atau tidak mesti ade berkait rapat dengan warna. Betul tak? Sebab? Dah memang dari mula diciptakan dunia ni dengan pelbagai warna untuk manusia berfikir.

Berbalik kepada isu yang aku nak ketengahkan. Sebenarnya aku tercari-cari warna untuk aku kategorikan dalam list aku iaitu ‘Kumpulan warna lembut’. Pemilihan sebegitu bukan bermakna aku dari kalangan ‘lembut’ ok, korang jangan pikir ke laut pulak. Warna yang aku maksudkan lembut adalah tidak ‘striking’ yang mana sangat sesuai digunakan untuk warna dinding rumah. So tergerak hati aku nak usha website dulux iaitu antara pengeluar dan pembekal cat terbesar di Malaysia.

I like red!

Tapi, tak semestinya warna lembut saje yang boleh digunakan. Ade juga apabila pemilihan warna dilakukan dengan betul akan terhasil kombinasi warna yang menarik dan sesuai dengan keadaan atau ruang. So dari sini idea aku sedikit terbuka dan tidak ‘restricted’ kepada warna-warna yang lembut saje.

Inspired violet room set

Dari segi kegunaan luar dan dalam tu korang boleh usha sendiri kat website dia kat SINI. Ape jenis, bila dan kenapa guna jenis tu ada diterangkan dan korang boleh dapatkan cat-cat tu daripada pengedar-pengedar yang sah. Cuma klik pada peta Malaysia untuk dapatkan contact info pengedar cat.
store locator

http://www.dulux.com.my/

P/s: I punya post ada ok ka? Kalau ok boleh share ya. Tarak charge ape-ape fee pon.


Advertisements

Aku pantang betol bila tengok hiasan dalaman rumah yang lawa nih. Ditambah pula dengan design perabot yang bersesuaian serta tone warna yang digunakan sangat ‘match’ dengan satu sama lain. Modern design dan kelihatan unik. Sesuai untuk hiasan rumah baru korang. Ah aku sembang panjang tak guna jugak. Korang tengok gambar-gambar ni baru percayakan. Cer tengok..cer tengok..


interior design2
interior design3

Itu interior design untuk ruang dalam rumah. Ade juga yang direka untuk ruang ofis. Agak menarik dan tertarik ko memang da bom!

interior design4interior design5
interior design6

Teruja tak? Aku teruja sebab aku tak cukup mampu lagi untuk keluarkan idea kreatif macam tu. Kalau asah ada can nak jadi interior designer nih. Hehe. Saje berlegar-legar dalam alam maya cari pasal hiasan dalaman rumah. Seronok plus bila tengok Alhamdulillah idea nak decorate mencurah-curah 🙂

http://www.zanishgroup.net/


2 3 hari lepas sempat aku meluangkan masa untuk tengok perabot yang aku rasa sesuai untuk bakal rumah yang bakal aku miliki (In sha Allah). Biase lah, pape hal yang di depan kena fikir hari ni kan. Tujuan aku usha awal-awal adalah untuk kira bajet berapa yang aku perlukan untuk buat rumah fully furnished.

Kali ni aku fokus pasal perabot je dulu. Mungkin lain masa aku akan cari perkakasan elektrik pulak. Kasi bakal penyewa senyum lebar tengok ruang dalam rumah. Tapi ni cuma andaian dan perkiraan aku je. Harap berbaloi lah kan.

Antara perabot yang aku aim ialah set sofa beserta meja, kabinet TV, kabinet dapur, katil single siap dengan tilam dan almari baju.

kitchen cabinet

sofa2

sofa1

Double decker bed

Bajet semua yang aku nak tu dalam RM1000. Berbaloi tak? Bagi aku berbaloi la, tak tau la korang kan. In sha Allah kalau berjalan lancar lewat bulan depan atau awal tahun depan aku order.(Hahaha awal siot standby furniture!)


Ade ke yang minat dengan perabot English style? Kalau ada korang boleh tengok contoh perabot kat gambar ni. Design dia ade niche tersendiri so memang kita boleh bezakan jenis furniture sebelah barat ni.

Menarik dan sesuai digunakan untuk rumah kita nampak lain daripada yang lain. Tapi kena ingat, kalau rojak je tak reti nak sesuaikan dengan environment sesuatu ruang tu elok jangan beli! Konpem tak cantik.

cc: http://soundspictureswords.com/2013/11/09/antique-shop-interior/

Sounds • Pictures • Words

Antique shop interior

View original post

Pagi ni nak melebarkan sayap ke bidang hias-hias gitu. Bukan hiasan pelamin ke ape ke..Ni hias rumah la. Mungkin ramai nak tahu mungkin tak ramai. Itu terpulang sebab aku memang suka berkongsi ape yang ade di minda.

Ok, kali ni nak sentuh pasal sinki. S.I.N.K.I je. Yang lain biar dulu. Macam-macam jenis lah sinki nih. Banyak design sinki yang boleh dijadikan contoh sebagai rujukan sebelum kita membelinya.
Ape yang penting dalam pemilihan sinki ialah:-

1) Bersesuaian dengan kawasan – kalau sinki untuk area dapur mungkin korang perlukan sinki yang agak besar sedikit. Tapi berlainan dengan sinki untuk cuci tangan sahaja, yang mana mungkin agak kecil dan berada di suatu sudut dalam satu ruangan.

Sinki jenis 1 paip 2 basin

Sinki jenis 1 paip 2 basin

2)Design yang menarik – Kadang-kala design sinki juga boleh mempengaruhi suasana ruang dapur untuk kelihatan lebih menarik. Sekarang memang sangat banyak design sinki yang menarik korang boleh dapatkan dekat mana-mana kedai hiasan rumah. Kalau pandai cari boleh dapat design unik pada harga yang murah!

Sinki bentuk ape ntah.

Sinki bentuk ape ntah.

Sink bentuk love pon ade!

Sink bentuk love pon ade!

Ade sesetengah individu yang meminati perkakasan yang boleh dikatakan ‘outdated’ atau lama. Dorang kumpul barang-barang antik untuk dijadikan perhiasan rumah. Gambar kat bawah contoh sinki antik yang aku belom pernah tengok secara ‘live’.

Sinki landasan keretapi yang boleh dilipat

Sinki landasan keretapi yang boleh dilipat

Ade jenis sinki yang digunakan dekat hotel-hotel boleh juga digunakan dirumah. Design simple tapi nampak eksklusif. Biasanya digunakan dalam bilik mandi la.

Jenis sinki yang digunakan di hotel-hotel

Jenis sinki yang digunakan di hotel-hotel

Ape-ape pon korang kena berfikiran kreatif dalam pemilihan sinki kalau nak guna design unik. Kang tak pasal-pasal memburukkan lagi mata memandang kalau salah pilih! Nak pilih sinki pon kena brainstorm.
OK?

Sumber 1
Sumber 2
Sumber 3
Sumber 4
Sumber 5