Posts Tagged ‘cerita’


Hari ni dalam sejarah hidup aku. Terkena panggilan sindiket penipuan bank. OK nak story mory sikit. Petang tadi aku sempat ke Times Square untuk urusan tertentu. Dalam masa aku santai sambil tunggu urusan selesai tiba-tiba tut tut..tut tut..

I am calling from AMBank want to inform that you have an outstanding payment from using credit card worth RM3800

Aku pon..hah??!! Celah mana pulak aku guna kad kredit nih. Dah la tak penah pakai, akaun AMBank pon tak tergerak hati lagi nak buka. Ye la. Sape tak pelikkan. Aku pon call balik ade orang angkat dan dia bagitau dia adalah customer service dari AMBank HQ(headquarters). Ni antara dialog aku dengan scammer tu;

Aku: Macam mane boleh ade outstanding payment sedangkan saya tak pernah apply credit card?
Scammer: Oh tade apply ya En. Saya rasa ada kes penipuan berlaku. OK macam ni, En kena buat laporan kat Bank Negara dan jelaskan kat pegawai bank tu. Dalam masa 3 hari kena buat laporan kalau tak En. kena jelaskan bayaran tertunggak ni.
Aku: Aik? Kenapa saya? Saya yang kena tipu saya pulak yang kena bayar?
Scammer: En sabar en. Rileks dulu. En kena buat laporan kat Bank Negara dan jelaskan kat pegawai bank ape maklumat yang En. ada. Nanti da buat laporan En boleh inform saya dan saya akan buat pengesahan daripada Bank Negara. Lepas tu saya akan block akaun kredit kad En. Ok ape nama En?
Aku: (aku bagi je nama aku)
Scammer: Ok i/c En?
Aku: (pon bagi gak)
Scammer: OK nanti saya check untuk confirmation.
Aku: Err..nak tanya ape contact information yang ada pasal saya?
Scammer: Name, I/c, address.
Aku: Cuba you bagitau detail-detail tu.
Scammer: Name(betul), I/c(betul), address(salah, kat puchong)
Aku: Eh…ape plak alamat kat puchong, saya orang kepong ma.
Scammer: Oh ya salah ya. Nanti saya check. Nanti you inform Bank Negara pasal kes ni. Dalam 3 hari nanti saya inform untuk block akaun you ok.
Aku: Ya ok thanks.

Contoh nombor telefon scammer

Contoh nombor telefon scammer

Kat situ da pelik da. Ape info yang aku bagitau memang betul tapi bab alamat terus salah. So keyakinan aku yang mengatakan ini adalah sindiket penipuan adalah tinggi. Dia kate kad kredit tu guna kat kedai emas Poh Kong di KLIA. Bila aku call AMBank customer service yang ‘original’, dia kata memang kes penipuan tu. Tidak wujud kedai emas Poh Kong di KLIA apatah lagi akaun yang diberikan. Cuma kes ni masih tak melibatkan pemindahan wang atau pendedahan akaun simpanan jadi dikira selamat.

Info yang scammer bagi

Info yang scammer bagi

Fuuh. Lega aku. Tu la. Nasib baik bagi nama dan I/C je. Kalo tak naye aku.

P/s: Jangan dedahkan maklumat diri anda sewenang-wenangnya. Berwaspada dengan sindiket penipuan!


Aku pantang betol bila tengok hiasan dalaman rumah yang lawa nih. Ditambah pula dengan design perabot yang bersesuaian serta tone warna yang digunakan sangat ‘match’ dengan satu sama lain. Modern design dan kelihatan unik. Sesuai untuk hiasan rumah baru korang. Ah aku sembang panjang tak guna jugak. Korang tengok gambar-gambar ni baru percayakan. Cer tengok..cer tengok..


interior design2
interior design3

Itu interior design untuk ruang dalam rumah. Ade juga yang direka untuk ruang ofis. Agak menarik dan tertarik ko memang da bom!

interior design4interior design5
interior design6

Teruja tak? Aku teruja sebab aku tak cukup mampu lagi untuk keluarkan idea kreatif macam tu. Kalau asah ada can nak jadi interior designer nih. Hehe. Saje berlegar-legar dalam alam maya cari pasal hiasan dalaman rumah. Seronok plus bila tengok Alhamdulillah idea nak decorate mencurah-curah 🙂

http://www.zanishgroup.net/


Banyak isu aku dengar pasal RPGT nih..ramai tak puas hati(termasuk aku jugak). Mungkin niat murni kerajaan nak naikkan tax jual rumah untuk mengurangkan pelabur-pelabur jangka pendek atau ‘flippers’ daripada terus membeli rumah. Langkah yang diambil dengan menaikkan harga minimum untuk pembeli atau pelabur luar negara dari RM500,000 ke RM1,000,000 adalah tindakan yang aku kira boleh dipuji la. Aku duk baca berita pasal RPGT jadi tergerak hati nak kupas topik hangat ni.

Tapi pada sudut fikiran aku, kalau korang tanya adakah langkah-langkah yang telah diambil boleh kurangkan harga rumah? Aku jawab TAK BOLEH. Kenapa? Dengan kenaikan RPGT sudah tentu pemilik rumah nak jual rumah akan gandakan harga rumah dorang untuk lepas bayar tax. Kecuali, kalau dah terdesak dan tak dapat tampung komitmen bulanan MUNGKIN pemilik rumah akan jual harga ‘desperate’.

Kalau rumah yang dalam pembinaan atau yang baru je siap, harga memang akan naik. Serius naik. Kenapa? Pendapat aku la, disebabkan GST. Bila tiap-tiap suatu barang atau perkhidmatan dikenakan cukai, harga akan naik secara mendadak. Siapa jadi mangsa bayar cukai? Pembeli rumah lah 🙂

rumahteres

In sha Allah, ape yang aku kongsi dalam blog ni akan membantu menyedarkan pembaca-pembaca sekalian betapa pentingnya memiliki aset. Jangan nak harap makan gaji je. Selagi kita ade tenaga dan akal yang waras usaha dan doa untuk miliki aset. Rata-rata yang aku dengar kalau aku sembang hartanah (maaf yang terasa), “cukupla apa yang ada” dan “nak buat ape harta banyak-banyak?”. Bukan yang burukkan sesiapa tapi dalam Islam tak salah berharta. Cari harta untuk kesenangan hidup kat dunia sementara ni. Kalau harta banyak takut salah guna ke ape ke wasiatkan je pada anak-anak yatim. Susah ke? Tak kan. Saya cuma nak orang Islam khususnya sedar berharta tidak menjadi satu kesalahan. OK lah cukup untuk mukaddimah.

Nak sambung pasal cerita pasal hartanah, hari aku balik dari kampung tu (Selasa, 5 November 2013) aku saje mesej agen tu tanya dia free tak sebab nak tunggu rabu macam lambat la pulak. (gelisah betol tak sabar nak tengok unit). ALhamdulillah agen cakap dia free so set appointment nak jumpe pukul 1 petang la. Aku sampai Kuala Lumpur dalam pukul 12 tengah hari dan cepat-cepat pegi ke kawasan aparment tu.

Bila tengok unit memang agak elok lagi cuma agak kotor sebab penyewa dah lame takde(Unit tu kosong dah 6 bulan kalau tak silap). Api(elektrik) dan air pulak da lame potong so tak boleh nak cuba suis kipas elok ke tak. Risau jugak nanti banyak nak kena repair. So bila tengok sekeliling aku dah yakin habis baru deal dengan agen pasal bayar booking. So keesokkan pagi aku terus setelkan cek pasal agen nak jumpa malam tu nak collect.

 

20131107-124720.jpg
P/s: Saje je cover jumlah kat cek tu bajet banyak hakhakhak.

Jumaat lepas bersamaan 1 November 2013 aku dengan family balik kampung kat Batu Pahat sebab nak hadiri masjlis kahwin sepupu. Hari tu aku still kerja jadi family kena tunggu sampai petang baru boleh bertolak sama-sama. So lepas siap mandi makan sume baru bertolak dalam pukul 8 malam dan aku agak tengah malam baru sampai.

So sebenarnya kat sini aku bukan nak fokus cerita pasal balik kampung. Masa on our way back tu tiba-tiba agen hartanah yang aku dah deal selama 2 bulan tu mesej tanya aku ade on ke tak hari Ahad. Terkejut jugak la aku sebabnya aku hampir putus asa da nak follow-up agen tu. Bukan apa, unit apartment yang aku nak beli melalui agen tu sebenarnya sudah ade buyer lain yang dalam proses membeli. Cuma ade masalah-masalah kelewatan daripada buyer tu yang buat owner bising kat agen. Aku memang teringin nak unit tu tapi apakan daya cuma boleh follow up je agen pasal buyer tu.

Sekarang memang dah pasti buyer tu lepas unit tu. Aku rasa tak lepas loan da tu tapi itu andaian je. Agen tak nak story-mory lak pasal tu. So berbalik pada masa agen tu mesej. Aku cakap la kena balik kampung kan. Agen tu lak nak cepat setel mana boleh beb. So aku tulis mesej desperate je kasi agen tu lega dan aku pon senang nak pegi majlis kahwin.

20131107-115207.jpg

Nak tau nape aku aim unit tu dan bukannya unit-unit yang lain? Haha..wait and see lah you olls ok!