2 3 hari lepas sempat aku meluangkan masa untuk tengok perabot yang aku rasa sesuai untuk bakal rumah yang bakal aku miliki (In sha Allah). Biase lah, pape hal yang di depan kena fikir hari ni kan. Tujuan aku usha awal-awal adalah untuk kira bajet berapa yang aku perlukan untuk buat rumah fully furnished.

Kali ni aku fokus pasal perabot je dulu. Mungkin lain masa aku akan cari perkakasan elektrik pulak. Kasi bakal penyewa senyum lebar tengok ruang dalam rumah. Tapi ni cuma andaian dan perkiraan aku je. Harap berbaloi lah kan.

Antara perabot yang aku aim ialah set sofa beserta meja, kabinet TV, kabinet dapur, katil single siap dengan tilam dan almari baju.

kitchen cabinet

sofa2

sofa1

Double decker bed

Bajet semua yang aku nak tu dalam RM1000. Berbaloi tak? Bagi aku berbaloi la, tak tau la korang kan. In sha Allah kalau berjalan lancar lewat bulan depan atau awal tahun depan aku order.(Hahaha awal siot standby furniture!)


Advertisements

Post kali ni memang aku nak promote kaw-kaw punya seminar hartanah yang disediakan oleh otai-otai hartanah di Malaysia yang femes gitu. Aku cakap terus-terang la, bende yang aku tak yakin keberkesanannya aku tak akan kongsi dengan korang semua. SERIUS. So yang aku review kat korang ni memang SUDAH TERBUKTI keberkesanannya.OK?

Abang Ensem.
Seminar pertama yang aku hadir. Aku pon mula-mula tak yakin tapi disebabkan oleh semangat nak berubah daripada hidup makan gaji sahaja kepada makan gaji plus side income. So daripada sini aku memang dapat information yang sepatutnya dan tepat lagi jitu daripada otai hartanah ni. Banyak pelaburan hartanah jenis undercon, subsale dan lelong yang beliau ceburi daripada waktu ekonomi tengah gawat (sekitar tahun 97-98 kalau tak silap) sampailah sekarang.

Tuan Faizul Ridzuan dan Tuan Saufi Karim
Ini lejen berdarah muda yang aku kenal yang berjaya ceburi bidang hartanah.Ade je pelabur muda lain tapi aku tak berkesempatan nak join seminar sebab terlalu banyak. So bila dah jumpa dan belajar daripada 2 pelabur bergaya dan santai ni dalam Sarjana Hartanah keyakinan aku terhadap pelaburan hartanah bertambah. Sebab ape? Instrument yang ditunjukkan dan cara-cara yang tertentu adalah sangat realistik dan boleh di’apply’kan oleh sape-sape je. Tak kira ko keje ape, memang boleh melabur dengan syarat ade kesungguhan dan kesabaran yang tinggi. Sounds impossible? Hehe…

So bagi sape-sape yang baru dan ingin ceburi bidang pelaburan hartanah boleh join Sarjana Hartanah 2.0 dan aku yang tak femes langsung ni pon korang boleh jumpa 🙂 haha.

Sarjana Hartanah 2.0

Ade lagi otai-otai hartanah yang aku akan join seminar dorang (in sha Allah). Berguru dengan ramai otai lagi banyak ilmu dapatkan. Semoga aku dapat capai objektif pelaburan aku nanti aminn.(Tadi baru je join seminar sublet, insyaAllah dapat adapt dengan cepat dan mulakan!)

Ade ke yang minat dengan perabot English style? Kalau ada korang boleh tengok contoh perabot kat gambar ni. Design dia ade niche tersendiri so memang kita boleh bezakan jenis furniture sebelah barat ni.

Menarik dan sesuai digunakan untuk rumah kita nampak lain daripada yang lain. Tapi kena ingat, kalau rojak je tak reti nak sesuaikan dengan environment sesuatu ruang tu elok jangan beli! Konpem tak cantik.

cc: http://soundspictureswords.com/2013/11/09/antique-shop-interior/

Sounds • Pictures • Words

Antique shop interior

View original post

Banyak isu aku dengar pasal RPGT nih..ramai tak puas hati(termasuk aku jugak). Mungkin niat murni kerajaan nak naikkan tax jual rumah untuk mengurangkan pelabur-pelabur jangka pendek atau ‘flippers’ daripada terus membeli rumah. Langkah yang diambil dengan menaikkan harga minimum untuk pembeli atau pelabur luar negara dari RM500,000 ke RM1,000,000 adalah tindakan yang aku kira boleh dipuji la. Aku duk baca berita pasal RPGT jadi tergerak hati nak kupas topik hangat ni.

Tapi pada sudut fikiran aku, kalau korang tanya adakah langkah-langkah yang telah diambil boleh kurangkan harga rumah? Aku jawab TAK BOLEH. Kenapa? Dengan kenaikan RPGT sudah tentu pemilik rumah nak jual rumah akan gandakan harga rumah dorang untuk lepas bayar tax. Kecuali, kalau dah terdesak dan tak dapat tampung komitmen bulanan MUNGKIN pemilik rumah akan jual harga ‘desperate’.

Kalau rumah yang dalam pembinaan atau yang baru je siap, harga memang akan naik. Serius naik. Kenapa? Pendapat aku la, disebabkan GST. Bila tiap-tiap suatu barang atau perkhidmatan dikenakan cukai, harga akan naik secara mendadak. Siapa jadi mangsa bayar cukai? Pembeli rumah lah 🙂

rumahteres

In sha Allah, ape yang aku kongsi dalam blog ni akan membantu menyedarkan pembaca-pembaca sekalian betapa pentingnya memiliki aset. Jangan nak harap makan gaji je. Selagi kita ade tenaga dan akal yang waras usaha dan doa untuk miliki aset. Rata-rata yang aku dengar kalau aku sembang hartanah (maaf yang terasa), “cukupla apa yang ada” dan “nak buat ape harta banyak-banyak?”. Bukan yang burukkan sesiapa tapi dalam Islam tak salah berharta. Cari harta untuk kesenangan hidup kat dunia sementara ni. Kalau harta banyak takut salah guna ke ape ke wasiatkan je pada anak-anak yatim. Susah ke? Tak kan. Saya cuma nak orang Islam khususnya sedar berharta tidak menjadi satu kesalahan. OK lah cukup untuk mukaddimah.

Nak sambung pasal cerita pasal hartanah, hari aku balik dari kampung tu (Selasa, 5 November 2013) aku saje mesej agen tu tanya dia free tak sebab nak tunggu rabu macam lambat la pulak. (gelisah betol tak sabar nak tengok unit). ALhamdulillah agen cakap dia free so set appointment nak jumpe pukul 1 petang la. Aku sampai Kuala Lumpur dalam pukul 12 tengah hari dan cepat-cepat pegi ke kawasan aparment tu.

Bila tengok unit memang agak elok lagi cuma agak kotor sebab penyewa dah lame takde(Unit tu kosong dah 6 bulan kalau tak silap). Api(elektrik) dan air pulak da lame potong so tak boleh nak cuba suis kipas elok ke tak. Risau jugak nanti banyak nak kena repair. So bila tengok sekeliling aku dah yakin habis baru deal dengan agen pasal bayar booking. So keesokkan pagi aku terus setelkan cek pasal agen nak jumpa malam tu nak collect.

 

20131107-124720.jpg
P/s: Saje je cover jumlah kat cek tu bajet banyak hakhakhak.

Jumaat lepas bersamaan 1 November 2013 aku dengan family balik kampung kat Batu Pahat sebab nak hadiri masjlis kahwin sepupu. Hari tu aku still kerja jadi family kena tunggu sampai petang baru boleh bertolak sama-sama. So lepas siap mandi makan sume baru bertolak dalam pukul 8 malam dan aku agak tengah malam baru sampai.

So sebenarnya kat sini aku bukan nak fokus cerita pasal balik kampung. Masa on our way back tu tiba-tiba agen hartanah yang aku dah deal selama 2 bulan tu mesej tanya aku ade on ke tak hari Ahad. Terkejut jugak la aku sebabnya aku hampir putus asa da nak follow-up agen tu. Bukan apa, unit apartment yang aku nak beli melalui agen tu sebenarnya sudah ade buyer lain yang dalam proses membeli. Cuma ade masalah-masalah kelewatan daripada buyer tu yang buat owner bising kat agen. Aku memang teringin nak unit tu tapi apakan daya cuma boleh follow up je agen pasal buyer tu.

Sekarang memang dah pasti buyer tu lepas unit tu. Aku rasa tak lepas loan da tu tapi itu andaian je. Agen tak nak story-mory lak pasal tu. So berbalik pada masa agen tu mesej. Aku cakap la kena balik kampung kan. Agen tu lak nak cepat setel mana boleh beb. So aku tulis mesej desperate je kasi agen tu lega dan aku pon senang nak pegi majlis kahwin.

20131107-115207.jpg

Nak tau nape aku aim unit tu dan bukannya unit-unit yang lain? Haha..wait and see lah you olls ok!

Pagi ni nak melebarkan sayap ke bidang hias-hias gitu. Bukan hiasan pelamin ke ape ke..Ni hias rumah la. Mungkin ramai nak tahu mungkin tak ramai. Itu terpulang sebab aku memang suka berkongsi ape yang ade di minda.

Ok, kali ni nak sentuh pasal sinki. S.I.N.K.I je. Yang lain biar dulu. Macam-macam jenis lah sinki nih. Banyak design sinki yang boleh dijadikan contoh sebagai rujukan sebelum kita membelinya.
Ape yang penting dalam pemilihan sinki ialah:-

1) Bersesuaian dengan kawasan – kalau sinki untuk area dapur mungkin korang perlukan sinki yang agak besar sedikit. Tapi berlainan dengan sinki untuk cuci tangan sahaja, yang mana mungkin agak kecil dan berada di suatu sudut dalam satu ruangan.

Sinki jenis 1 paip 2 basin

Sinki jenis 1 paip 2 basin

2)Design yang menarik – Kadang-kala design sinki juga boleh mempengaruhi suasana ruang dapur untuk kelihatan lebih menarik. Sekarang memang sangat banyak design sinki yang menarik korang boleh dapatkan dekat mana-mana kedai hiasan rumah. Kalau pandai cari boleh dapat design unik pada harga yang murah!

Sinki bentuk ape ntah.

Sinki bentuk ape ntah.

Sink bentuk love pon ade!

Sink bentuk love pon ade!

Ade sesetengah individu yang meminati perkakasan yang boleh dikatakan ‘outdated’ atau lama. Dorang kumpul barang-barang antik untuk dijadikan perhiasan rumah. Gambar kat bawah contoh sinki antik yang aku belom pernah tengok secara ‘live’.

Sinki landasan keretapi yang boleh dilipat

Sinki landasan keretapi yang boleh dilipat

Ade jenis sinki yang digunakan dekat hotel-hotel boleh juga digunakan dirumah. Design simple tapi nampak eksklusif. Biasanya digunakan dalam bilik mandi la.

Jenis sinki yang digunakan di hotel-hotel

Jenis sinki yang digunakan di hotel-hotel

Ape-ape pon korang kena berfikiran kreatif dalam pemilihan sinki kalau nak guna design unik. Kang tak pasal-pasal memburukkan lagi mata memandang kalau salah pilih! Nak pilih sinki pon kena brainstorm.
OK?

Sumber 1
Sumber 2
Sumber 3
Sumber 4
Sumber 5

Aku rasa buat masa sekarang memang sesuai untuk memulakan pelaburan hartanah. Ape yang nak ditunggu lagi? Cari ilmu dan bertindak! Bukan ape..cari ilmu je tapi tak praktik memang takde guna. Tiada manfaat disitu. Tujuan melabur adalah untuk mencari lebihan wang. Aku dapat rasa yang ini adalah waktu yang amat sesuai untuk melabur. Kenapa?

Selepas Bajet 2014 dibentangkan aku perhatikan trend rumah yang diiklankan semakin banyak dari hari ke hari. Ade jugak la call 2 3 orang ajen tanya dorang cakap memang owner nak jual rumah cepat. Aku pon tak pasti jugak kenapa macam tu paal mulanya. Tapi bila beberapa kali buat survey memang ternyata desas-desus yang dikhabarkan oleh Abang Ensem sangat jitu. Pengalaman yang ada pada beliau sudah cukup untuk aku mempercayai setiap ayat-ayat yang ditulis didalam blog beliau.

Ape yang aku boleh cakap, antara sebab utama owner nak jual rumah adalah berkait rapat dengan RPGT yang diumumkan dalam Bajet 2014. RPGT(Real Property Gain Tax) secara mudah faham adalah cukai yang dikenakan bila kita jual rumah. Tengok kat bawah untuk penjelasan ringkas mengenai RPGT:

RPGT;
3 tahun pertama : 30% daripada harga hartanah
tahun ke-4 : 20% daripada harga hartanah
tahun ke-5 : 15% daripada harga hartanah
tahun ke-6 dan seterusnya : 0% daripada harga hartanah

Kat sini kita boleh nampak bila owner tak dapat pegang lama sesebuah hartanah dia akan sedaya-upaya menjual hartanah supaya tidak terbeban dengan komitmen bulanan yang bakal dihadapinya tambahan dengan tax yang tinggi.

So,sape-sape yang mulakan pelaburan jangan segan-silu untuk hadiri seminar Abang Ensem (2 kali aku promote kat sini haha) boleh pergi ke blog beliau untuk tempahan kerana seminar beliau murah giler.(baru RM88 yuran)

Ramai yang tak sabar nak dengar ape yang akan dibentangkan dalam Bajet 2014 esok (Jumaat, 25 Oktober 2013). Terlalu banyak permintaan yang rakyat kemukakan kepada kerajaan. Seronok aku baca kat sini, website rasmi untuk Bajet 2014. Sape-sape pon boleh drop komen sebagai cadangan dan pandangan mengenai ape sahaja topik untuk dijadikan isu.

Banyak. Tapi kat sini aku nak fokus pasal isu hartanah je ok? Topik-topik yang lain tu korang buat rumusan sendiri la ye. Haha. Tengok contoh gambar kat bawah.

Komen dalam bajet 2014

Rata-rata rakyat minta kerajaan turunkan harga rumah supaya rakyat dapat beli rumah untuk didiami. Rasa-rasa korang turun tak harga rumah? Jawapan ini korang tengok esok la ye. Haha. Aku tak boleh komen detail.

Tapi ape yang aku nak ketengahkan ialah bila harga rumah makin meningkat golongan yang berpendapatan sederhana dan kecil agak sukar untuk membeli rumah sendiri. Di tambah dengan ura-ura untuk menaikkan peratus RPGT (Real Property Gain Tax). Korang tahu ke ape itu RPGT?

Simple explaination aku boleh bagi. RPGT tu cukai yang dikenakan bagi sesiapa yang ingin menjual tanah atau rumah tak kira la rumah pertama ke kedua ke ketiga ke.

Sebenarnya, masih ada peluang untuk kita rakyat beli rumah pertama. Masalahnya, semua nak beli ikut emosi. Kenapa aku cakap macam tu? Contoh, Dollah gaji dia RM1500 dan bini dia suri rumah. Dorang berdua baru je kahwin dan Dollah sudah beli kereta baru yang bulanan ansurannya RM500. So bini Dollah mengimpikan rumah idamannya dan berhasrat untuk miliki rumah idamannya tu. Cari punya cari jumpa lah rumah idaman dorang iaitu rumah teres 2 tingkat yang berharga RM 300,000. Persoalannya mampukah Dollah beli rumah itu? Semestinya tidak. Sebab Dollah tak mampu bayar ansuran bulanan.

So, sape-sape yang tak berkemampuan pilih lah rumah yang korang mampu milik. Apartment pon ok dah untuk permulaan. Jangan cari yang korang tak mampu. Nanti nak beli susu anak pon tak lepas. Dah stabil dan ada lebihan duit disebabkan gaji bertambah baru la pindah ke rumah yang lebih selesa.

P/S: Apepun apa yang dibentangkan dalam Bajet 2014 nanti ok ke tak keputusannya korang kena terima jugak kan? Atau dah standby nak buat bantahan? Haha..jangan-jangan.

Kali ni aku nak cerita kenapa title yang aku buat cenggitu. Ianya ada kaitan dengan apa yang aku plan bermula dari pertengahan tahun 2013 sehingga pertengahan tahun 2014.

Mungkin ada yang menganggap aku ada buat salah dengan mama aku kan. Takde la. Setakat ini aku kalau buat silap pon takkan cerita kat sini haha. Tapi itu bukan isu yang aku nak timbulkan.

Sebenarnya aku baru je dapat approve dari bank dotdotdot pasal pembiayaan peribadi. Isunya sebab mama aku tak kasi aku buat pembiayaan peribadi untuk urusan perkahwinan. Almaklumlah sekarang aku memang tengah prepare kaw-kaw pasal urusan kahwin. So memang makan belanja yang agak besar dan agak sibuk.

So, kalau bukan untuk kahwin untuk ape aku buat pembiayaan peribadi? Untuk suka-suka? Of course la tak. Aku bukan jenis yang suka berhutang tanpa sebab yang kukuh. Jadi aku nak kongsi sedikit la kenapa aku gatal tangan nak gi pinjam duit bank ni.

photo

Tujuannya tak lain dan tak bukan ialah untuk permainan hartanah yang aku baru saje ceburi ni. Asalkan ade matlamat, strategi (aturan dan cara keluar permainan) dan tindakan yang dilakukan memang akan mengurangkan risiko untuk melabur dalam hartanah.

Ape yang penting sebelum melabur didalam hartanah:
1) Buat pelaburan ilmu dahulu; kerana dengan ilmu saje baru kita berani untuk memulakan pelaburan hartanah dan tidak ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
2) Cari guru atau sifu; Kerana ilmu tanpa guru adalah sia-sia. Belajar sesuatu tanpa guru diibaratkan seperti belajar dengan syaitan! (jangan main-main wo.)
3) Kembangkan ilmu; kongsi dengan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama dengan kita.
4) Hadiri seminar hartanah untuk menambahkan ilmu berkaitan hartanah; kerana di luar sana ramai otai-otai pelabur hartanah yang terbukti dengan pengalaman mereka telah berjaya menguasai ilmu hartanah dan mengumpul banyak hartanah. ( Aku dengar ade yang kumpul sampai 100 buah hartanah dan lebih!)

So apepun aku boleh cakap memang tak menyesal lah kalau korang ceburi bidang hartanah ni sebab harga hartanah memang meningkat dan akan terus meningkat. (tak caya cuba google sendiri atau buat analisis dari tahun ke tahun tentang harga sesebuah kawasan yang panas.)

Aku yang masih sebulan dua jagung ni (peribahasa asal: setahun jagung) tengah nak berjinak-jinak dan in sha Allah akan berkongsi apa pengalaman yang aku hadapi untuk capai matlamat pelaburan aku. Aminn.