Kali ni aku nak cerita kenapa title yang aku buat cenggitu. Ianya ada kaitan dengan apa yang aku plan bermula dari pertengahan tahun 2013 sehingga pertengahan tahun 2014.

Mungkin ada yang menganggap aku ada buat salah dengan mama aku kan. Takde la. Setakat ini aku kalau buat silap pon takkan cerita kat sini haha. Tapi itu bukan isu yang aku nak timbulkan.

Sebenarnya aku baru je dapat approve dari bank dotdotdot pasal pembiayaan peribadi. Isunya sebab mama aku tak kasi aku buat pembiayaan peribadi untuk urusan perkahwinan. Almaklumlah sekarang aku memang tengah prepare kaw-kaw pasal urusan kahwin. So memang makan belanja yang agak besar dan agak sibuk.

So, kalau bukan untuk kahwin untuk ape aku buat pembiayaan peribadi? Untuk suka-suka? Of course la tak. Aku bukan jenis yang suka berhutang tanpa sebab yang kukuh. Jadi aku nak kongsi sedikit la kenapa aku gatal tangan nak gi pinjam duit bank ni.

photo

Tujuannya tak lain dan tak bukan ialah untuk permainan hartanah yang aku baru saje ceburi ni. Asalkan ade matlamat, strategi (aturan dan cara keluar permainan) dan tindakan yang dilakukan memang akan mengurangkan risiko untuk melabur dalam hartanah.

Ape yang penting sebelum melabur didalam hartanah:
1) Buat pelaburan ilmu dahulu; kerana dengan ilmu saje baru kita berani untuk memulakan pelaburan hartanah dan tidak ditipu oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.
2) Cari guru atau sifu; Kerana ilmu tanpa guru adalah sia-sia. Belajar sesuatu tanpa guru diibaratkan seperti belajar dengan syaitan! (jangan main-main wo.)
3) Kembangkan ilmu; kongsi dengan kawan-kawan yang mempunyai minat yang sama dengan kita.
4) Hadiri seminar hartanah untuk menambahkan ilmu berkaitan hartanah; kerana di luar sana ramai otai-otai pelabur hartanah yang terbukti dengan pengalaman mereka telah berjaya menguasai ilmu hartanah dan mengumpul banyak hartanah. ( Aku dengar ade yang kumpul sampai 100 buah hartanah dan lebih!)

So apepun aku boleh cakap memang tak menyesal lah kalau korang ceburi bidang hartanah ni sebab harga hartanah memang meningkat dan akan terus meningkat. (tak caya cuba google sendiri atau buat analisis dari tahun ke tahun tentang harga sesebuah kawasan yang panas.)

Aku yang masih sebulan dua jagung ni (peribahasa asal: setahun jagung) tengah nak berjinak-jinak dan in sha Allah akan berkongsi apa pengalaman yang aku hadapi untuk capai matlamat pelaburan aku. Aminn.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s