Archive for June, 2013

7 buku hartanah dalam sebulan!

Posted: June 10, 2013 in Real Estate

Sebelum ni aku ade mention pasal buku hartanah yang mula-mula aku bace. Kali ni aku nak reveal banyak mane aku beli & bace buku-buku berkaitan pelaburan terutamanya pelaburan hartanah.

Buku ke-2

20130610-205754.jpg
Buku Cashflow Quadrant by Robert Kiyosaki ni banyak cerita pasal jenis-jenis keje dan kategori keje dalam 4 quadrant iaitu employee, self-employed, business owner & investor. Nak tau lebih lanjut boleh beli di kedai buku 🙂

Buku ke-3

20130610-210447.jpg
Buku ni ditulis oleh Robert Kiyosaki juga bertajuk Guide to Investing yang mana banyak menjerumus ke arah langkah-langkah sebelum nak melabur. Rugi tak bace oo..

Buku ke-4

20130610-211216.jpg
Buku ni paling hot! Memang santai isi kandungannya. Ditulis oleh Tuan Meor Zaidee a.k.a abangensem.

Buku ke-5

20130610-212122.jpg
Buku Where To Find(english version) atau Wa Tak Faham(versi Bahasa Melayu) ini fokuskan kepada strategi untuk kenali market hartanah dengan gaya tersendiri oleh Tuan Faizul Ridzuan. Memang sesuai untuk pelabur beginner mahupun amateur. Nak tau ape cara yang FZ guna jangan lupa beli ok!

Buku ke-6

20130610-213032.jpg
Buku hasil tulisan Tuan Saufi Karim ni lebih fokus kepada pelaburan hartanah tanpa keluarkan modal. Best sangat bace & boleh terus cari rumah untuk melabur. Tapi pastikan ilmu didada cukup 😉

Buku ke-7

20130610-213754.jpg
Buku last stakat ni yang mengukuhkan mindaku pasal kewangan. Semangat untuk berjimat pon ade haha.
Semua buku yang aku bace kat atas boleh kata sangat berguna sebelum mula sebagai seorang pelabur. Sape-sape yang nak beli atau tahu detail jangan segan untuk drop comment ok!

Google hari ini

Posted: June 10, 2013 in Uncategorized

Baru nak tengok Running Man sebab terlepas 2 episod gara-gara sibuk dengan ketibaan mama & ayah yang baru pulang dari tanah suci Mekah. Aku buka google nak search tapi terdiam seketika bila tengok google front page. Tulisan google agak berlainan sedikit. “Must be someone’s special related to this“, fikirku. Suka tengok animation yang dorang buat. Da habis tengok aku klik dekat tengah-tengah untuk tahu sape yang google maksudkan tu. Rupanya hari lahir Maurice Sendak yang ke 85 (aku pon tak kenal). Beliau seorang ilustrator dan penulis buku kanak-kanak di Amerika. Terkenal dengan buku Where The Wild Things Are yang mana merupakan buku pertama beliau. Dukacitanya beliau meninggal pada umur 83 tahun.

Maurice Sendak, author of the children's book,...

Maurice Sendak, author of the children’s book, Where the Wild Things Are. Sendak was instrumental in the creation of Sesame Street, and attended Lesser’s curriculum seminars in 1968. (Photo credit: Wikipedia)

 

 

Aku memulakan langkah kananku untuk mendalami ilmu hartanah dengan men’google’ segala info berkaitan. Ade blogger yang rekemen suruh bace buku ‘Rich Dad Poor Dad’ karya Robert T. Kiyosaki sebabnya banyak pendedahan pasal pelaburan.
Aku pun ape lagi..terus kluar cari buku tu kat kedai popular. Dan2 plak ade membership discount & aku tengok buku tu dalam versi Bahasa Melayu. Lagi senang nak baca. Pape pon macam kebetulan pulak rasa beli buku harga diskaun. Nanti nak beli rumah harga diskaun bleh tak? Hee..

20130607-211234.jpg

Source of income

Posted: June 7, 2013 in Real Estate
Tags: ,

Dalam entri lepas, di kala menahan sakit kepala aku terpinga-pinga di depan komputer peribadi. nak cari sumber pendapatan yang agak kontra daripada pekerjaan aku sekarang. Dengan bantuan pakcik google aku cari info pasal pelaburan dan ape yang buat aku tertarik adalah mengenai pelaburan emas & hartanah.

Disebabkan oleh kekangan masa keje aku rase nak go through pelaburan emas macam takde banyak masa sebab daripada info yang aku dapat pelaburan emas perlukan ruang masa yang kerap terutama untuk pelaburan jangka masa pendek. Ini aku tak dapat citer panjang lah. Lastly, aku terbaca blog abang ensem yang berceloteh pasal pelaburan hartanah. Dari sini minatku pasal hartanah membuak-buak!

Home Steamboat

Posted: June 7, 2013 in Meal for Today
Tags: ,

Lazat betol steamboat yang mama & adik-adik buat nih. Ditambah dengan daging ‘grill’ yang melonjakkan selera makanku. Rase uummphh! Keje aku habiskan makanan je :).

20130607-165323.jpg

Migrain..

Posted: June 5, 2013 in Uncategorized

Baru je nak berjinak-jinak dengan blog dikala sibuk dengan kerja datang satu ujian daripada Ilahi yang betul-betul menguji hidupku. Migrain. Penyakit yang biase dialami oleh orang yang tak henti-henti stress dan biasenya berlaku disebabkan masalah di tempat kerja. Aku mula rasa pening-pening di awal bulan April dan sehingga kini masih terasa walaupun sedikit reda. Dah ambil ubat di 4 buat klinik yang berlainan dan sume ubat yang doktor bagi lain-lain. Aku ikut je arahan. Harap-harap la hilang sakitku ini..Aminn~

No life at all!

Posted: June 5, 2013 in Uncategorized

Da lepas staun setengah kerja sebagai production & maintenance engineer aku rasa macam takde life langsung. Dah la kerja hari-hari pastu shari kerja 12jam plak tu. 24/7 beb! Mungkin korang rase aku banyak komplain kan? Tapi aku rase padanla aku komplain dengan masa kerja yang ter’over’ sangat then workload plak tak payah cerita la. Memang bertimbun kena buat. As a muslim memang aku rase nak spend masa nak ngadap Ilahi pon sangat suntuk. Apa guna kalau kerja lebih masa tapi takde masa untukNya sedangkan rezeki itu datang dariNya? 

 

Blur…

Posted: June 5, 2013 in Uncategorized

Still terkial-kial lagi nak buat blog. Padahal orang lain da move forward dengan sepantas kilat. Aku kena pikirkan idea-idea yang ‘continuos’ gitu baru bleh go on dengan selesa.