Hi semua,
Aku dengan rasminya nak inform kat korang yang masih belom tahu lagi, aku dah buat pertukaran dari blog kaykillua.wordpress.com kepada kaykillua.com bermula dari 26 November 2013.

So pada sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan blog aku boleh la bermula dengan klik anda di SINI. Terima kasih kerana follow blog ini.


Korang yang masih blur dan tak tahu apa-apa pasal hartanah tapi berminat nak belajar sangat-sangat digalakkan untuk menghadiri seminar sarjana hartanah ni. Sebab ape? sebab memang terbukti dengan ilmu dan pengalaman daripada speaker-speaker hartanah yang hebat yang telah berkongsi kepakaran dorang semasa aku menghadiri seminar sarjana hartanah yang pertama.

Antara speaker yang hebat ialah Tuan Saufi Karim dan Tuan Faizul Ridhuan yang telah membuktikan bahawa pekerja 9 pagi – 5 petang yang makan gaji hanya mempunyai simpanan tetap RM2000 boleh melabur dalam hartanah dan sekaligus menjadi sumber pendapatan melebihi gajinya. Mula-mula aku sendiri meragui logik ke nak beli hartanah dengan wang sebanyak tu je? Dah la gaji bulanan takat cukup makan hari-hari je.

Aku memang pikir ade dekat 10 kali gak la sebelum daftar seminar tu. Maklum lah, kalau tengok harga memang korang rasa mahal kan? Tapi bila pikir secara ‘contradict’ (chewah..haha), nilai hartanah adalah berganda jumlahnya berbanding harga seminar yang ditawarkan. Teringat pesan otai-otai hartanah

Pelaburan yang paling bernilai adalah pelaburan ilmu.

Kat situ aku beranikan diri daftar dan hadir seminar sarjana hartanah WTF 7 Hari bersama Faizul Ridzuan. Dari sini aku kenali dengan lebih dekat dan yang paling aku terpikat adalah suasana dan pemikiran orang yang cenderung kepada ilmu hartanah ni memang hebat-hebat belaka. Memang dorong aku untuk mula belajar dan dapatkan matlamat yang aku nak capai.

Alhamdulillah. Sekarang memang da berani nak beli rumah. Bukan berani macam kaki langgar tu. Berani sebab ade sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari yang boleh dipraktikkan. Sape-sape pon boleh belajar bidang ni. Korang nanti mesti nak beli rumah kan. Jangan sampai terpinga-pinga nak beli rumah lak. Aku da bagi can seminar yang dah terbukti berkesan ni.

Lagi 1, seminar sarjana hartanah ni tengah offer biasiswa kepada student yang tak mampu nak bayar dan student yang cemerlang untuk program kali ni. Tawarannya berupa fi (yuran) untuk seminar adalah FREE. Nak aku ulang ke..FREE beb. Tunggu korang je yang nak ke tak. Peluang dah ada. Boleh klik kat banner di bawah untuk tahu lebih lanjut. Let’s give it a try ok!

P/s: Aku dengar-dengar ade lagi otai hartanah yang dijemput secara eksklusif hadir untuk memeriahkan majlis. Macam-macam strategi yang digunakan dan medium pelaburan pula berbeza dari yang lain. Cekidaut!


Hari ni dalam sejarah hidup aku. Terkena panggilan sindiket penipuan bank. OK nak story mory sikit. Petang tadi aku sempat ke Times Square untuk urusan tertentu. Dalam masa aku santai sambil tunggu urusan selesai tiba-tiba tut tut..tut tut..

I am calling from AMBank want to inform that you have an outstanding payment from using credit card worth RM3800

Aku pon..hah??!! Celah mana pulak aku guna kad kredit nih. Dah la tak penah pakai, akaun AMBank pon tak tergerak hati lagi nak buka. Ye la. Sape tak pelikkan. Aku pon call balik ade orang angkat dan dia bagitau dia adalah customer service dari AMBank HQ(headquarters). Ni antara dialog aku dengan scammer tu;

Aku: Macam mane boleh ade outstanding payment sedangkan saya tak pernah apply credit card?
Scammer: Oh tade apply ya En. Saya rasa ada kes penipuan berlaku. OK macam ni, En kena buat laporan kat Bank Negara dan jelaskan kat pegawai bank tu. Dalam masa 3 hari kena buat laporan kalau tak En. kena jelaskan bayaran tertunggak ni.
Aku: Aik? Kenapa saya? Saya yang kena tipu saya pulak yang kena bayar?
Scammer: En sabar en. Rileks dulu. En kena buat laporan kat Bank Negara dan jelaskan kat pegawai bank ape maklumat yang En. ada. Nanti da buat laporan En boleh inform saya dan saya akan buat pengesahan daripada Bank Negara. Lepas tu saya akan block akaun kredit kad En. Ok ape nama En?
Aku: (aku bagi je nama aku)
Scammer: Ok i/c En?
Aku: (pon bagi gak)
Scammer: OK nanti saya check untuk confirmation.
Aku: Err..nak tanya ape contact information yang ada pasal saya?
Scammer: Name, I/c, address.
Aku: Cuba you bagitau detail-detail tu.
Scammer: Name(betul), I/c(betul), address(salah, kat puchong)
Aku: Eh…ape plak alamat kat puchong, saya orang kepong ma.
Scammer: Oh ya salah ya. Nanti saya check. Nanti you inform Bank Negara pasal kes ni. Dalam 3 hari nanti saya inform untuk block akaun you ok.
Aku: Ya ok thanks.

Contoh nombor telefon scammer

Contoh nombor telefon scammer

Kat situ da pelik da. Ape info yang aku bagitau memang betul tapi bab alamat terus salah. So keyakinan aku yang mengatakan ini adalah sindiket penipuan adalah tinggi. Dia kate kad kredit tu guna kat kedai emas Poh Kong di KLIA. Bila aku call AMBank customer service yang ‘original’, dia kata memang kes penipuan tu. Tidak wujud kedai emas Poh Kong di KLIA apatah lagi akaun yang diberikan. Cuma kes ni masih tak melibatkan pemindahan wang atau pendedahan akaun simpanan jadi dikira selamat.

Info yang scammer bagi

Info yang scammer bagi

Fuuh. Lega aku. Tu la. Nasib baik bagi nama dan I/C je. Kalo tak naye aku.

P/s: Jangan dedahkan maklumat diri anda sewenang-wenangnya. Berwaspada dengan sindiket penipuan!


Gara-gara pelaksaan dalam Bajet 2014 berkaitan cukai hartanah yang akan berkuatkuasa awal tahun depan, pasaran hartanah di Pulau Pinang menampakkan sedikit saje peningkatan. Kalau sebelum ni meningkat secara mendadak. Ni yang keluarkan pendapat tu bukan aku la. Aku cuma war-war kan je.

gambar hiasan

gambar hiasan

Henry Butcher Malaysia Pulau Pinang Sdn Bhd Pengarah Dr Teoh Poh Huat berkata pasaran boleh betul dengan sendirinya atau mengurangkan kesan daripada langkah-langkah dalam jangka sederhana , disebabkan oleh permintaan asas yang sihat untuk hartanah di sana. Lagi katanya,

“Sentimen pasaran untuk hartanah atas -akhir dijangka mengukuh, “

Antara pendapat beliau lagi menunjukkan disebabkan faktor kuasa membeli masih tinggi so kemungkinan harga hartanah di Pulau Pinang susah nak turun. Lagipon, pelabur-pelabur luar masih lagi berkemampuan untuk memiliki hartanah di kawasan tu walaupon syarat pembelian diperketatkan oleh kerajaan.

“Tiga peratus bukan pemutus perjanjian , kerana duti setem yang dikenakan ke atas pembeli asing hartanah masih rendah berbanding negara-negara jiran seperti Singapura dan Hong Kong,”

Lagi komen daripada beliau. Ada logiknya jika dibuat perbandingan. Pape pon korang boleh dapatkan berita penuh di SINI.


Tone warna boleh kata mainkan peranan yang major dalam meningkatkan kecantikan sesuatu kawasan atau ruang. Tak kira la di mana saje korang berada, ape yang korang nampak cantik atau tidak mesti ade berkait rapat dengan warna. Betul tak? Sebab? Dah memang dari mula diciptakan dunia ni dengan pelbagai warna untuk manusia berfikir.

Berbalik kepada isu yang aku nak ketengahkan. Sebenarnya aku tercari-cari warna untuk aku kategorikan dalam list aku iaitu ‘Kumpulan warna lembut’. Pemilihan sebegitu bukan bermakna aku dari kalangan ‘lembut’ ok, korang jangan pikir ke laut pulak. Warna yang aku maksudkan lembut adalah tidak ‘striking’ yang mana sangat sesuai digunakan untuk warna dinding rumah. So tergerak hati aku nak usha website dulux iaitu antara pengeluar dan pembekal cat terbesar di Malaysia.

I like red!

Tapi, tak semestinya warna lembut saje yang boleh digunakan. Ade juga apabila pemilihan warna dilakukan dengan betul akan terhasil kombinasi warna yang menarik dan sesuai dengan keadaan atau ruang. So dari sini idea aku sedikit terbuka dan tidak ‘restricted’ kepada warna-warna yang lembut saje.

Inspired violet room set

Dari segi kegunaan luar dan dalam tu korang boleh usha sendiri kat website dia kat SINI. Ape jenis, bila dan kenapa guna jenis tu ada diterangkan dan korang boleh dapatkan cat-cat tu daripada pengedar-pengedar yang sah. Cuma klik pada peta Malaysia untuk dapatkan contact info pengedar cat.
store locator

http://www.dulux.com.my/

P/s: I punya post ada ok ka? Kalau ok boleh share ya. Tarak charge ape-ape fee pon.


Aku pantang betol bila tengok hiasan dalaman rumah yang lawa nih. Ditambah pula dengan design perabot yang bersesuaian serta tone warna yang digunakan sangat ‘match’ dengan satu sama lain. Modern design dan kelihatan unik. Sesuai untuk hiasan rumah baru korang. Ah aku sembang panjang tak guna jugak. Korang tengok gambar-gambar ni baru percayakan. Cer tengok..cer tengok..


interior design2
interior design3

Itu interior design untuk ruang dalam rumah. Ade juga yang direka untuk ruang ofis. Agak menarik dan tertarik ko memang da bom!

interior design4interior design5
interior design6

Teruja tak? Aku teruja sebab aku tak cukup mampu lagi untuk keluarkan idea kreatif macam tu. Kalau asah ada can nak jadi interior designer nih. Hehe. Saje berlegar-legar dalam alam maya cari pasal hiasan dalaman rumah. Seronok plus bila tengok Alhamdulillah idea nak decorate mencurah-curah🙂

http://www.zanishgroup.net/


Terkejut aku bila statement yang dikeluarkan oleh seorang otai hartanah yang tidak asing lagi dari kalangan pelabur-pelabur bumiputera. Mane tak nya, semalam beliau keluarkan post di fesbuk nya macam ni.
statement 1

Ataupun disebabkan akhir-akhir ni keluar statement macam gini amat pedas dilemparkan kepada beliau?Yang hantar statement macam tu sepatutnya pikir 2 3 4 5 6 kali sebelum keluarkan ayat-ayat yang tidak manis dibaca tu. Ini tidak, main sembur je. Ish ish ish..tak patut betol.

statement bikin panas

Aku pon tak pasti kenapa tiba-tiba beliau keluarkan statement sebegitu kerana bagi aku kehadiran beliau dalam arena hartanah adalah satu kejayaan yang boleh dibanggakan bagi anak bumiputera. Ilmu yang terkumpul boleh dikongsi bersama meskipun hanya melalui dunia maya. Tapi mungkin beliau ada ‘plan’ yang lebih besar untuk hidup beliau sendiri. Aku dan sape-sape pon tak boleh paksa. Pujuk boleh. Haha. Apepun keputusan beliau aku terima dengan hati terbuka. Moga-moga beliau buat keputusan yang betul. Dari mula-mula join seminar beliau sampai sekarang aku tak berkesempatan ngeteh dengan beliau. InsyaAllah dalam masa terdekat ni boleh chichat dengan beliau secara dekat. Nak tau cerita sebenar daripada tuan empunya badan. Aminn.


Agak-agak korang la, kenapa tajuk macam kat atas tu keluar? Angan-angan je kan? Ya. Memang angan-angan. Kalau tak berangan awal-awal memang takkan berubah sampai bila-bila. Lagipun tak rugi aku kongsi kat sini kerana ape yang aku bagitau ni boleh digunakan oleh sape-sape yang berminat cari sumber pendapatan lebih.

Ape yang aku cari-cari dan korek daripada guru-guru yang berpengalaman, boleh aku simpulkan ape sumber pendapatan yang aku boleh jana untuk mendapat lebihan pendapatan selain daripada makan gaji. So, kebanyakan adalah daripada sumber pelaburan lah.

1) Pelaburan Hartanah.
2) Pelaburan Emas dan Perak.
3) Pelaburan Saham.
4) Perniagaan perkhidmatan berkaitan hartanah @ Sublet.
5) Pendapatan daripada Blog.

Nak cerita panjang aku pon belum ada banyak pengalaman untuk satu-satu sumber yang ditulis tu tapi insyaAllah bila ada je pengalaman pahit atau manis aku akan kongsi dengan korang semua. No hal lah! Peringatan, pastikan pelaburan yang korang ceburi diyakini halal dan bersih. Kalau tak, jangan gatal nak cuba. Bende tu boleh jadi darah daging sendiri dan membawa kemurkaan Allah S.W.T. Nauzubillah. Walaubagaimanapun, saham akhirat jangan sesekali dilupakan. Yakin pada Yang Esa dan mohon doa serta teruskan ikhtiar untuk jana pendapatan yang korang idamkan.



Terdetik hati aku nak tulis ape objektif pelaburan aku memandangkan ramai pelabur yang ‘reveal’ objektif masing-masing termasuklah otai-otai yang aku hormati. Matlamat kena jelas dan yang paling penting bukan ke arah yang negatif macam kalau ko niat nak tindas orang lain memang kemungkinan besar matlamat ko takkan tercapai.

So, objektif pelaburan aku yang telah tercatat diminda antaranya:

1) Ingin bersara awal daripada kerja makan gaji (selewat-lewatnya umur 35 tahun) dengan pendapatan tidak kurang daripada RM4000.

2) Memiliki rumah sebagai aset sekurang-kurangnya 1 buah 1 tahun dari tahun permainan pelaburan bermula dengan lebihan aliran wang tunai daripada sewaan tidak kurang dari RM200.

3) Mempunyai pendapatan tepi sebanyak RM4500 hasil daripada perniagaan ‘part time’ yang akhirnya menjadi ‘full time’ dalam masa 5 tahun dari sekarang.

4) Mempunyai sehingga 50 buah rumah ketika berumur 40 tahun dan melangsaikan hutang sekurang-kurangnya 10 buah rumah ketika umur 40 tahun.

Bunyi macam syok tapi bukan mudah nak ikut. Tapi usaha tetap kena ada sebagai ikhtiar dan insyaAllah jadi kenyataan.Aminn. Pada sape-sape yang nak mulakan pelaburan seeloknya ade matlamat sendiri dan yang paling penting, NIAT kena betul keh. Banyak dah aku belajar daripada sifu-sifu hartanah ni. Semuanya ajar betulkan niat dulu sebelum melabur. OK?